DEFINISI BAHASA
Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman, mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi
Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke- 20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat
Charles F. Hockett memperkatakan bahasa dari sudut psikologi behaviurisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit
John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi
Bloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi
SIFAT BAHASA (manusia)
bahasa adalah semua bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia seperti rongga mulut, hidung, paru-paru dan artikulator-artikulator lain
setiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, tatabahasa atau sintaksis yang dikatakan bersistem
tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat
setiap pertuturan dalam bahasa mempunyai makna bagi penutur dan pendengar
bahasa berubah dan berkembang selagi wujudnya interaksi antara penutur
bunyi-bunyi bahasa dihasilkan satu demi satu (satu lambang mewakili satu bunyi) oleh pergerakan alat-alat sebutan secara linear
bahasa adalah kreatif, iaitu sebagai contoh dalam bahasa Melayu terdapat 28 huruf yang dapat membentuk beribu-ribu perkataan
dengan penyingkiran masa dan tempat, manusia boleh menggunakan bahasanya untuk bercakap tentang sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku pada masa yang sama, sebelum atau selepasnya
wujud dua pola dalam bahasa, iaitu sebagai contoh dalam bahasa Melayu ada vokal dan konsonan
bahasa boleh dipelajari dalam konteks budaya dan kebudayaan
Fungsi Bahasa
Penghubung – interaksi jelas, luas, tanpa sempadan
Pernyataan perasaan – ekspresi dan luahan
Pernyataan fikiran – neurologi
Penyerapan Bahasa
Penjajahan – contoh penjajahan Inggeris di Australia dan New Zwaland
Perpindahan atau Migrasi Penutur – contoh ialah mencari pekerjaan (ada peluang) dan peperangan
Perdagangan – orang Arab dan China yang berdagang di Melaka
Penyebaran Agama – orang Arab yang datang ke Melaka menyebarkan Islam menerusi sistem kepercayaan dan budaya
Perkahwinan – pekerja asing berkahwin dengan wanita tempatan
Perkembangan ICT – globalisasi atau dunia tanpa sempadan
Difusi - peranan media massa
Aspek Bahasa
Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi bahasa – fonem, ejaan
Morfologi ialah bidang yang mengkaji cara-cara pembinaan perkataan – morfem bebas seperti rumah adalah terkecil atau morfem terikat seperti berumah
Sintaksis ialah bidang yang mengkaji binaan ayat – susunan kata, frasa dan klausa untuk dijadikan ayat
Ilmu Makna
Semantik ialah bidang yang mengkaji makna – makna sebenar
Pragmatik ialah komponen dalam semantik yang mengkaji makna secara lebih luas
Ilmu Bahasa
Sosiolinguistik ialah disiplin ilmu yang mengkaji bahasa sebagai yang digunakan dalam masyarakat
Psikolinguistik ialah disiplin ilmu yang mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, tingkah laku bahasa dan akal budi manusia
Perancangan Bahasa
Perancangan bahasa bermaksud usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk bahasa ke arah taraf yang lebih maju.
Badan perancang bahasa ialah DBP (1956).
Proses perancangan bahasa menerusi tiga peringkat, iaitu dasar (susun strategi dan adakan kegiatan perancangan bahasa), pelaksanaan dan penilaian.
DASAR – kumpul data dan susun strategi untuk melancarkan kegiatan perancangan bahasa
PELAKSANAAN – pengekodan dan pemupukan
PENILAIAN – tinjau kembali kesan aktiviti perancangan untuk perancangan seterusnya dan membaiki kelemahan
Pengekodan
i. Pengekodan ialah proses menghasilkan satu variasi bahasa standard yang sempurna dan seragam dari aspek tatabahasa, ejaan, makna dan sebutan.
ii. Pengekodan berhubung dengan aspek ejaan, perkamusan dan tatabahasa.
- ejaan (sistem ejaan menerusi MABBIM)
perkamusan seperti Kamus Dewan; usaha sekarang ialah menghasilkan kamus ilmiah
iii.Tatabahasa adalah dengan pembentukan perkataan dan istilah baharu, pinjam morfem asing dan penambahbaikan struktur pasif
iv.Pemupukan bererti menumpukan perhatian kepada usaha-usaha untuk mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan saling terjemah dengan beberapa bahasa moden lain seperti pemupukan istilah teknikal
Masa Hadapan Bahasa
hadapi saingan sengit daripada bahasa-bahasa lain
bahasa global
bahasa ilmu
kedaulatan
MORFOLOGI
Penggolongan Kata
Pengenalan:
Bidang tatabahasa yang mengkaji morfem dan pembinan perkataan dalam suatu bahasa.
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya.
Menurut Nik Safiah Karim et al (2009)
– perkataan digolongkan berdasarkan beberapa kriteria seperti kriteria struktur fonologi, kriteria sintaksis dan kriteria semantik.
Penggolongan perkataan ada empat :
1. KATA NAMA
Kata nama khas
Kata nama khas hidup
Kata nama khas tak hidup
Kata nama am
Merujuk benda – alam, dunia,pohon dll
Perkara – iklim, cahaya, roh, udara, hisapan.
Konsep – kedamaian, perpindahan, keadilan
Penggolongan perkataan
a. Kata ganti nama
Kata ganti nama tunjuk – ini,itu
b. Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diri tanya –apa, siapa, mana
c. Kata ganti nama diri orang –
Pertama - saya, aku, beta, patik kami dan kita.
Kedua – anda, engkau, awak, kamu.
Ketiga- ia, dia, mereka ,-nya.
2. KATA KERJA
Kata kerja Transitif
a. Aktif – berfungsi dalam ayat aktif.
Cth: Ani mencuci pakaian di tepi sungai.
b. Pasif – berfungsi dalam ayat pasif.
Cth: Pakaian dicuci oleh Ani di tepi sungai.
Kata kerja tak transitif
Berpelengkap . Cth: Subjek – Adik
Berpelengkap – bermain
Pelengkap – di padang
-Adik bermain di padang.
b. Tanpa pelengkap. Cth : Subjek – Mereka
Tanpa pelengkap – makan
Keterangan – di sawah
- Mereka makan di sawah.
3. KATA ADJEKTIF
Kata adjektif sifatan. Cth : baik, jahat, lemah, kasar, dll
Kata adjektif warna. Cth : merah,putih, biru, hijau, dll
Kata adjektif ukuran. Cth : panjang, pendek, dalam, dll
Kata adjektif bentuk. Cth : bulat, leper, buncit, lurus, dll
Kata adjektif waktu. Cth : lewat,silam, lama, awal, dll
Kata adjektif cara. Cth : cepat, deras, lambat, perlahan, dll
Kata adjektif perasaan. Cth :rindu, berahi,benci, suka,dll
Kata adjektif jarak. Cth : jauh, dekat,
Kata adjektif pancaindera –indera rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh. Cth : sedap, manis,pahit, tawar, cantik, dll
4. KATA TUGAS
a. Kata hubung.- kata penyambung ayat.
Cth : dan, sambil , tetapi, yang
b. Kata seru.- digunakan untuk menggambar perasaan.
Cth : aduh, aduhai, amboi, eh
c. Kata tanya. – untuk menanyakan sesuatu.
Cth : berapa, bila, bagaimana
d. Kata perintah.- bertujuan menimbulkan sesuatu tindakbalas.
Cth : jangan, usah, jemput, minta
e. Kata pangkal ayat. –hadir di bahagian hadapan ayat sebagai penanda kesinambungan.
Cth : hatta, maka, syahadan
f. Kata bantu.- bertugas membantu frasa kerja, adjektif dan frasa sendi.
Cth : telah, pernah, sudah, hendak
g. Kata penguat. – perkataan mendahului atau mengikut kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud.
Cth : terlalu, paling, sekali, benar, amat.
h. Kata penegas. -Sejumlah perkataan memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat.
Cth : manakah, bilakah, apatah, dialah, inilah
i. Kata nafi. – menjadi unsur nafi frasa-frasa predekat.
Cth: bukan, tidak, jangan, bukan
j. Kata pemeri. –unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dan frasa.
Cth : ialah,adalah
k. Kata sendi nama. – digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa dalam ayat.
Cth : dari, ke, di, pada
l. Kata pembenar. –kata yang mengesahkan sesuatu pertanyaan.
Cth : ya, benar, betul.
m. Kata arah. –sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa, lazimnya sesudah kata sendi nama arah.
Cth : penjuru, kiri, tepi, utara,atas
n. Kata bilangan. – perkataan menerangkan bilangan.
Cth : dua batang, para penulis,lima jam, tujuh ringgit
o. Kata adverba. –menerangkan kata kerja,kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama-cara, masa, tempat.
Cth : bergerak, hampir, betul-betul, berhari-hari
p. Kata penekan. – salah satu daripada kata pascakata iaitu kata yang hadir dan melekat selepas perkataan. Berfungsi sebagai penekan atau pembenda.
Cth : sesungguhnya, bahawasanya, nampaknya.
q. Kata pembenda. – bentuk kata yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama.
Cth : lajunya, sakitnya, datangnya, tingginya, derasnya
No comments:
Post a Comment