Sunday 29 April 2012

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pendekatan Berpusatkan Murid
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa.
.
Kepelbagaian Teknik
Proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar, serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berkomunikasi dan berinteraksi serta berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.

Kepelbagaian Sumber Bahan
Penggunaan pusat sumber dan komputer amatlah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, Internet, serta bahan sastera dan bahan berunsur ilmu hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran serta untuk bacaan ekstensif.

Penggunaan Sistem Bahasa
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah menekankan penggunaan sistem bahasa yang tepat mengikut kemampuan murid. Bagi mencapai tujuan tersebut, guru perlu merancang dan memilih sistem bahasa yang hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Bacaan Luas
Bacaan luas memberikan peluang kepada murid menimba pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan gaya berfikir dan minat ingin terus membaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dengan menggunakan bahan-bahan ilmiah dan sastera yang dipaparkan secara kreatif.

Tuesday 24 April 2012

Penulisan Bahagian C

PANDUAN MENGESAN NILAI MURNI
NILAI MURNI
PANDUAN AYAT/ PERBUATAN/ KATA KERJA / KATA KUNCI
1.  Bertangung jawab
2.  Prihatin
Menolong seseorang…..
Membantu……..
Menderma…….
Bertanya khabar…..
3.  Penyayang
4.  Kasih sayang
Memberi hadiah……
Berkongsi barang…….
Menasihati……..
5.  Murah hati
6.  Baik hati
7.  Pemurah
Memberi hadiah….
Berkongsi barang dengan adik beradik …..
Menasihati….
8.  Rajin
9.  Tekun
10. Bersungguh-sungguh
Membuat kerja sekolah…
Membuat kerja rumah…..
Membantu ibu…..
Membuat jadual belajar….
Mengulangkaji pelajaran…
Menyiapkan kerja yang diberi….
11. Jujur
12. Amanah
Mengembalikan….
Memulangkan….
Melaksanakan arahan….
13. Ikhlas
Memberikan…..tidak meminta balasan
Meminjamkan dengan sukarela….
Membantu tanpa diminta….
Tidak menunjuk-nunjuk jika memberi bantuan….
14. Bertolak ansur/
15. Toleransi / Bertimbangrasa
Tidak berkira….
Tidak mementingkan diri sendiri…
Tidak suka menyusahkan orang lain….
16. Adil /
17. Saksama
Membahagikan sama rata
Mengasihkan tugasan…
18. Bersyukur /
19. Berterima kasih
Tidak kisah walaupun….
Mengucapkan terima kasih atas pemberian…..
20. Berhati-hati
Menunggang basikal….
Melintas jalan…..
21. bersopan santun /
22. Beradap
Memberi ucap selamat apabila bertemu….
Meminta izin / tunduk ……..
23. Sederhana
Cukup dengan apa yang ada…..
Tidak melakukan sesuatu secara berlebihan…..
24. Bijaksana
25. Bestari
26. Rasional
27. Matang
….membuat sesuatu keputusan…
…..bertindak…..
….mencari penyelesaian
28. Berdikari
Membuat sesuatu pekerjaan sendiri….
Buat minuman….
Sediakan makanan ……
Cuci baju / kasut/ kemas bilik
29. Cekal
30. Gigih
31. Sabar
32. Tidak mudah berputus asa
Bersikap tenang apabila menghadapi sesuatu keadaan….
Tidak mudah kecewa ….
Meneruskan usaha walaupun…..
33. Cinta akebersihan / Cinta alam
Menjaga kebersihan diri …..
Menjaga kebersihan rumah…
Menjaga keberihan sekolah / kelas…..
Menjaga kebersihan alam sekeliling….
34. Cinta negara /Patriotik
Menghormati lagu Negaraku…
Mematuhi undang-undang…..
Menghormati pemimpin….
35. Jimat - cermat
Membawa bekalan ke sekolah….
Menyimpan sebahagian daripada duit belanja sekolah
Menggunakan sesuatu secara berhemah ( air / tenaga / alatan dll )
36. Tolong menolong / Bekerjasama
Membuat sesuatu pekerjaan di sekolah …..
Membantu sesama rakan / jiran / keluarga / masyarakat / persatuan/ pasukan…….
37. Menepati masa / Menghargai masa / Menepati janji
Bangun awal…..
Bersiap awal…..
Menyiapkan kerja sekolah….
Membaca buku….
Tiba mengikut masa….
Siapkan kerja mengikut arahan….
38. Berani
Bertindak demi kebaiakan / kebenaran…..
Berterus terang….

Saturday 21 April 2012

Sistem Fail KSSR ( Sek. Keb. Dato' Maharaja Lela, Jeram, Selangor)

Bilik KSSR (PBS)

Carta Organisasi PBS KSSR 2012

 
Fail Dokumen Standard Prestasi

Fail Prestasi Murid Tahun 1

Friday 20 April 2012

Renungkanlah


 Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

Coretan

LASKAR PELANGI


mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya



laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa



menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…



cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita



laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi



menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia



menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya
selamanya