Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang diketahui dan dapat dilakukan oleh murid. Standard kandungan dan Standard Pembelajaran ini berpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa yang disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum. Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh semua murid.
Apakah itu Standard Kandungan?
Penyataan tentang ilmu yang perlu diketahui oleh murid yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni.
Apakah itu Standard Pembelajaran?
Pernyataan tentang penetapan kriteria dalam memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian murid dalam standard kandungan.